Monday, 25 May 2015

PERFUME!!! mesti korang suka kan?

Aku suka perfume dari kecik ! Time sekolah dulu pun aku akan mintak mak aku sikit perfume 'pinjam' kalau tak da aku guna bedak je sapu sana sini asal wangi ;p ok tu cerita masa aku kecik dulu. Sekarang aku nak cerita apa yang aku pernah buat dengan perfume!

Hahh al-kisah... aku diperkenalkan dengan perfume botol dengan harga RM 20 sebotol wangi sangat! bau apple.. aku pakai dah dekat nak habis time tu..so, aku pun tanya member untuk beli lagi pastu member aku tu dia cakap dah tak jual (hmm..tak best lah dah lah bau sedap, harga pun murah tapi dah tak da jual) 1 malam tu aku lepak-lepak dengan family sambil tu aku terbuka cerita perfume murah aku yang dah nak habis tu (mintak simpatiiii)..konon kot-kot dapat yang baru ;p 

Korang tau tak, bapak aku siap recommend lagi yang member dia pon rajin beli perfume macam tu kat satu kedai ni. Wow! aku dah excited time tu. apa tunggu lagi... aku pun buat la 'eksperimen' sendiri dengan meng'order' perfume brand apple dari member bapak aku dengan jumlah 3 botol untuk aku simpan buat stok.. konon lah!!!!

Selang dua hari aku dapat perfume tu, fuh! sebijik bau macam aku beli dengan member aku hari tu. Korang tau tak kos aku beli perfume 3 botol tu baru RM 30 dah tu dapat freegift sample perfume yang kecik comel tu 5 botol! seronok sampai lompat bintang!

Dalam hati terdetik, nak bisnes lah! So aku pun ringankan mulut inform bapak aku untuk mintak member dia belikan aku dalam jumlah 20 botol mengikut sample-sample yang tokey perfume bagi. hehehhhh sebab kalau nak suruh aku beli tanpa contoh bau dan brand, memang aku tak tahuuuu. im ZERO.

Bermulalah life aku sebagai tokey perfume. Aku start jual perfume botol kecik tu sebelum '1 drop perfume' femes. hihihiii betul.... tapi korang jangan nak samakan aku dengan brand '1 drop perfume' tu.. aku tak tau salasilah bisnes diorang yang aku tau salasilah permulaan bisnes aku ni je. Aku pun beli dengan supplier lain untuk jadikan income aku hihiiihi.

Untuk permulaan bisnes aku borong 20 botol dapat freegift 8 botol sample (semua best..wangiiiii) aku pun jual dengan harga RM 20 jugak. heheh so ni pengiraan cara aku. kalau betul..betul lah. aku tak de ilmu dalam bisnes tapi aku selalu yakin untuk cuba. itu aku..korang aku tak tau lah! maybe advanced 100x lebih dari aku ;p

20 botol x RM20 = RM 400
tolak modal            = RM 200
tolak lain-lain kos  = RM 50
untung bersih       = RM 150

Itu baru yang 1st batch.... aku buat banyak batch... :) Rezeki ada, Alhamdulillah. Dari 20 botol dah jadi 200 lebih botol untuk every month. Time tu aku buat part time je. Dapat lah duit tambang bas.. kalau nak ke mana-mana.

Sebab aku rasa dah macam banyak dan duit jualan pun aku simpan dan catu dapat lah aku berjimat dengan membeli borong perfume dalam bentuk balang. Masa tu sebalang botol ada dalam 400 ml macam tu lah anggaran (soriii aku dah lupa) dengan harga yang lebih murah kalau nak dibandingkan aku beli botol RM 10 yang diorang sipa packing :) aku berhabis dalam RM 1500++ untuk dapatkan 4 - 5 jenis balang perfume dan dibekalkan dengan 'penyedut' (aku tak tau nak mengeja lah, yang orang guna untuk cucuk korang time ambik darah kat klinik/hosp tu...) dia bagi siap dengan jarum ok! lengkap! sample tak payah cakap lah... kalau aku jual balik pun untung beratus sebab sample dah macam tak de harga je tokey tuh bagi pada aku! banyak...berlambak!!!!

Dah beli borong (balang) macam mana nak packing??? botol tak de. OK! kat sini aku  nak bagi tau yang aku dapat jugak beli botol-botol untuk packaging nanti dengan pembelian borong :) aku beli 500 botol dan 1000 botol sample untuk permulaan.

Time to time...cewah! packaging aku buat sendiri tau, sebab aku mampu handle sendiri lagi. So siap semua siap buat label lagi... tempah sticker & botol-botol sample pun aku tampal jugak. Masa untuk aku menjual, target aku untuk perfume pulak lain sikit, memang kalau ada rezeki aku nak kasi licin semua OK! berhempas pulas aku refill sorang-sorang harap berhasil.

Malam tu aku mesej 5 orang kawan... sorang keja courts mammoth, sorang keja supermarket, sorang keja kilang, 2 orang lagi keja ofis.. hihihiiii aku deal dengan diorang berlima ni untuk tolong promosikan 'perfume' aku yang super wangi ni. Segala urusan berjalan lancar dari mula serah barang sampai time serah 'hasil' ok! korang tau tak yang perfume aku larissss sampai ada yang repeat order nak samapi 5 botol sorang. Aku pulak dah orang nak beli banyak cenggitu, aku bagi lah special price! lepas tu respon dari customer memang best, diorang suka dapat sana sini special. Jadi aku teruskan dengan jualan macam tu, lebih-lebih lagi regular customer aku.

Next.. aku pikir-pikir nak jual benda ni ke sekolah, tapi bebudak girl ada ke duit nak wangi-wangi beli perfume aku.. tup..tup.. dapat idea untuk aku packing perfume dalam botol-botol sample. aku jual dengan harga RM 1.00 (special offer beli 5 dapat freegift 1) hahah aku melayan je bebudak sekolah ni..tapi sebelum jual aku ada mintak tolong 1 budak girl ni, dia member adik aku... dan sebagai upah dia boleh pilih nak duit atau perfume! ikut suka dia.. lepas deal ngan budak girl ni dia setuju dan setiap minggu aku bekalkan dia dengan 200 perfume pelbagai brand dengan harga RM 1.00.. SETEL.HABIS.LICIN. korang kena percaya yang minggu tu aku dapat cash RM 200 (jap... aku belum tolak komisen, duit minyak dan lain-lain) lepas dari minggu tu setiap minggu aku hantar 200-300 botol perfume ke sekolah. Masyuk, ALHAMDULILLAH.

Aku buat bisnes ni untuk tempoh 2 tahun dan terus stop disebabkan kekangan masa. Pengalaman aku untuk bisnes perfume sebagai pendapatan sampingan memang berbaloi... kalau ikutkan masa tu tak ramai yang jual perfume RM10,RM20,RM1 niiii berbanding sekarang dah bersepah kat pasar malam, kedai jamu, booth-booth dalam supermarket/mall dan yang lagi kayO siap ada kedai lagi OK! ;p

Setel dah cerita aku untuk pengalaman jual perfume!!! hihihiiii banyak lagi bisnes yang aku buat walaupun aku bukannye orang yang tumpu dengan satu-satu produk dan bidang bisnes tu sendiri, at least aku ada jugak lah pengalaman nege & mengadap customer yang 1001 peEL tu. Asam garam orang cakap. Sekian.. jumpa lagi.



p/s : bukan cerita orang tapi cerita aku :)


No comments:

Post a Comment