Entah macam mana boleh terjebak dengan perniagaan kain ni Cik Senah! tapi setiap usaha ada rezeki kita.Betul! Mula-mula nak berniaga dulu search internet..google sana sini cari 'pemborong kain pasang'.. 'kain pasang murah'.. 'pembekal kain pasang'.. last-last dapat. So dah dapat supplier aku pun start la bisnes dengan jumlah kain 30 pasang...material kain campur-campur :) Walaupun tak banyak tapi merata aku pass untuk lariskan jualan. Aku mintak tolong member-member yang keja kilang tolong jual hheheh(aku bagi komisen kaw-kawww lah). Kain pasang aku harga RM 50 je tapi buat 2 kali bayar. Lepas tu dipendekkan cerita, kain aku ada baki 2 pasang! aku target baki 5 pasang (kira OK lah kan) ;p
Next... aku nekad untuk buat lagi bisnes ni. So google lagi... tapi macam tak puas hati. Last-last aku dapat supplier yang ada kedai, masuk kedai dah tengok-tengok kain pastu tanya tokey nak beli borong boleh?! Tokey cakap jual! apalagi terus melompat dan terus pilih kain-kain yang aku nak, aku pilih jenis VISCOSE sebab time tu trend kain tuh tgh IN. aku borong 50 pasang! NEKAD!!! So step yang sama aku guna untuk lariskan jualan aku dan TEKNIK tu BERJAYA! kain yang aku jual LICIN! apa yang aku boleh cakap syukur ALHAMDULILLAH dan seronok! walaupun untung ciput nikmat dia BEstttttt!
...and next, aku buat lagi benda yang sama dari trend VISCOSE, ITALIAN DIGITAL SILK, ENGLISH COTTON, INDIA COTTON, VIETNAM COTTON semua aku dah jual dan alhamdulillah pilihan aku untuk setiap batch akan berbaki 2-3 pasang sahaja. semua dengan NEKAD dan TEKNIK MARKETING (mintak tolong kengkawan lerrr & bagi komisen!)
Jualan kain yang aku buat ada yang cash ada yang hutang.. paling lama 2x bayar. OK lah merasa jugak customer aku beli stock-stock kain aku tu. hihihihhh. Marketing target aku untuk kain-kain ni.. kebanyakan akak-akak yang keja ofis..cikgu sekolah..& member-member aku yang keja kilang. Setel semuanya. Bukan direct dengan supplier je, konsep DROPSHIP pun aku buat, yang best aku pulak yang makan komisen je.. sepasang kain busuk-busuk komisen aku dapat RM 9.00 korang kali ngan 50 pasang yang aku dah jual every month dengan 3 4 owver dropship yang berlainan. hahahhh masyuk kan! tu cara yang aku buat. Nak senang bukan senang, tapi aku rasa senang sangat kalau gaya cenggitu nege barang! belum campur stock kain sendiri lagi ;)
Kelebihan cara berniaga DROPSHIP mudah korang tak payah guna sesen modal pun, tenaga pun tak payah.. yelah! aku cuma cari customer je pastu aku bagi order pada owner dropship so dia lah yang menguruskan order-order kain tu sampai lah proses mengepos. Senang kan. So aku nak share kat korang yang teringin nak bisnes apa-apa boleh la cari supplier yang sediakan perkhidmatan DROPSHIP. Keja korang akan jadi lebih mudah dan jimat masa dan tenaga. Untuk bisnes sendiri kalu nak mula buat bisnes kain ni, buat betul-betul.. google-google dulu trend kain yang terkini dan corak yang boleh cairkan hati target customer korang. Cuba lah yang terbaik, tapi kalau tak habis jangan nangis pulakkk ye! aku ingatkan je.. tak de benda pun yang mudah dalam dunia ni. PAHAM?? biasanya keuntungan yang kita dapat setimpal dengan usaha, so hari-hari kena belajar untuk dapat step yang lebih bagus, termasuk aku yang tengah menaip ni hihihiiii. OK lah setakat ni je dulu. Sekian.. jumpa lagi.
p/s : bukan cerita orang tapi cerita aku :)
No comments:
Post a Comment