Monday, 25 May 2015

PERFUME!!! mesti korang suka kan?

Aku suka perfume dari kecik ! Time sekolah dulu pun aku akan mintak mak aku sikit perfume 'pinjam' kalau tak da aku guna bedak je sapu sana sini asal wangi ;p ok tu cerita masa aku kecik dulu. Sekarang aku nak cerita apa yang aku pernah buat dengan perfume!

Hahh al-kisah... aku diperkenalkan dengan perfume botol dengan harga RM 20 sebotol wangi sangat! bau apple.. aku pakai dah dekat nak habis time tu..so, aku pun tanya member untuk beli lagi pastu member aku tu dia cakap dah tak jual (hmm..tak best lah dah lah bau sedap, harga pun murah tapi dah tak da jual) 1 malam tu aku lepak-lepak dengan family sambil tu aku terbuka cerita perfume murah aku yang dah nak habis tu (mintak simpatiiii)..konon kot-kot dapat yang baru ;p 

Korang tau tak, bapak aku siap recommend lagi yang member dia pon rajin beli perfume macam tu kat satu kedai ni. Wow! aku dah excited time tu. apa tunggu lagi... aku pun buat la 'eksperimen' sendiri dengan meng'order' perfume brand apple dari member bapak aku dengan jumlah 3 botol untuk aku simpan buat stok.. konon lah!!!!

Selang dua hari aku dapat perfume tu, fuh! sebijik bau macam aku beli dengan member aku hari tu. Korang tau tak kos aku beli perfume 3 botol tu baru RM 30 dah tu dapat freegift sample perfume yang kecik comel tu 5 botol! seronok sampai lompat bintang!

Dalam hati terdetik, nak bisnes lah! So aku pun ringankan mulut inform bapak aku untuk mintak member dia belikan aku dalam jumlah 20 botol mengikut sample-sample yang tokey perfume bagi. hehehhhh sebab kalau nak suruh aku beli tanpa contoh bau dan brand, memang aku tak tahuuuu. im ZERO.

Bermulalah life aku sebagai tokey perfume. Aku start jual perfume botol kecik tu sebelum '1 drop perfume' femes. hihihiii betul.... tapi korang jangan nak samakan aku dengan brand '1 drop perfume' tu.. aku tak tau salasilah bisnes diorang yang aku tau salasilah permulaan bisnes aku ni je. Aku pun beli dengan supplier lain untuk jadikan income aku hihiiihi.

Untuk permulaan bisnes aku borong 20 botol dapat freegift 8 botol sample (semua best..wangiiiii) aku pun jual dengan harga RM 20 jugak. heheh so ni pengiraan cara aku. kalau betul..betul lah. aku tak de ilmu dalam bisnes tapi aku selalu yakin untuk cuba. itu aku..korang aku tak tau lah! maybe advanced 100x lebih dari aku ;p

20 botol x RM20 = RM 400
tolak modal            = RM 200
tolak lain-lain kos  = RM 50
untung bersih       = RM 150

Itu baru yang 1st batch.... aku buat banyak batch... :) Rezeki ada, Alhamdulillah. Dari 20 botol dah jadi 200 lebih botol untuk every month. Time tu aku buat part time je. Dapat lah duit tambang bas.. kalau nak ke mana-mana.

Sebab aku rasa dah macam banyak dan duit jualan pun aku simpan dan catu dapat lah aku berjimat dengan membeli borong perfume dalam bentuk balang. Masa tu sebalang botol ada dalam 400 ml macam tu lah anggaran (soriii aku dah lupa) dengan harga yang lebih murah kalau nak dibandingkan aku beli botol RM 10 yang diorang sipa packing :) aku berhabis dalam RM 1500++ untuk dapatkan 4 - 5 jenis balang perfume dan dibekalkan dengan 'penyedut' (aku tak tau nak mengeja lah, yang orang guna untuk cucuk korang time ambik darah kat klinik/hosp tu...) dia bagi siap dengan jarum ok! lengkap! sample tak payah cakap lah... kalau aku jual balik pun untung beratus sebab sample dah macam tak de harga je tokey tuh bagi pada aku! banyak...berlambak!!!!

Dah beli borong (balang) macam mana nak packing??? botol tak de. OK! kat sini aku  nak bagi tau yang aku dapat jugak beli botol-botol untuk packaging nanti dengan pembelian borong :) aku beli 500 botol dan 1000 botol sample untuk permulaan.

Time to time...cewah! packaging aku buat sendiri tau, sebab aku mampu handle sendiri lagi. So siap semua siap buat label lagi... tempah sticker & botol-botol sample pun aku tampal jugak. Masa untuk aku menjual, target aku untuk perfume pulak lain sikit, memang kalau ada rezeki aku nak kasi licin semua OK! berhempas pulas aku refill sorang-sorang harap berhasil.

Malam tu aku mesej 5 orang kawan... sorang keja courts mammoth, sorang keja supermarket, sorang keja kilang, 2 orang lagi keja ofis.. hihihiiii aku deal dengan diorang berlima ni untuk tolong promosikan 'perfume' aku yang super wangi ni. Segala urusan berjalan lancar dari mula serah barang sampai time serah 'hasil' ok! korang tau tak yang perfume aku larissss sampai ada yang repeat order nak samapi 5 botol sorang. Aku pulak dah orang nak beli banyak cenggitu, aku bagi lah special price! lepas tu respon dari customer memang best, diorang suka dapat sana sini special. Jadi aku teruskan dengan jualan macam tu, lebih-lebih lagi regular customer aku.

Next.. aku pikir-pikir nak jual benda ni ke sekolah, tapi bebudak girl ada ke duit nak wangi-wangi beli perfume aku.. tup..tup.. dapat idea untuk aku packing perfume dalam botol-botol sample. aku jual dengan harga RM 1.00 (special offer beli 5 dapat freegift 1) hahah aku melayan je bebudak sekolah ni..tapi sebelum jual aku ada mintak tolong 1 budak girl ni, dia member adik aku... dan sebagai upah dia boleh pilih nak duit atau perfume! ikut suka dia.. lepas deal ngan budak girl ni dia setuju dan setiap minggu aku bekalkan dia dengan 200 perfume pelbagai brand dengan harga RM 1.00.. SETEL.HABIS.LICIN. korang kena percaya yang minggu tu aku dapat cash RM 200 (jap... aku belum tolak komisen, duit minyak dan lain-lain) lepas dari minggu tu setiap minggu aku hantar 200-300 botol perfume ke sekolah. Masyuk, ALHAMDULILLAH.

Aku buat bisnes ni untuk tempoh 2 tahun dan terus stop disebabkan kekangan masa. Pengalaman aku untuk bisnes perfume sebagai pendapatan sampingan memang berbaloi... kalau ikutkan masa tu tak ramai yang jual perfume RM10,RM20,RM1 niiii berbanding sekarang dah bersepah kat pasar malam, kedai jamu, booth-booth dalam supermarket/mall dan yang lagi kayO siap ada kedai lagi OK! ;p

Setel dah cerita aku untuk pengalaman jual perfume!!! hihihiiii banyak lagi bisnes yang aku buat walaupun aku bukannye orang yang tumpu dengan satu-satu produk dan bidang bisnes tu sendiri, at least aku ada jugak lah pengalaman nege & mengadap customer yang 1001 peEL tu. Asam garam orang cakap. Sekian.. jumpa lagi.



p/s : bukan cerita orang tapi cerita aku :)


KAIN...KAIN...KAIN....!

Entah macam mana boleh terjebak dengan perniagaan kain ni Cik Senah! tapi setiap usaha ada rezeki kita.Betul! Mula-mula nak berniaga dulu search internet..google sana sini cari 'pemborong kain pasang'.. 'kain pasang murah'.. 'pembekal kain pasang'.. last-last dapat. So dah dapat supplier aku pun start la bisnes dengan jumlah kain 30 pasang...material kain campur-campur :) Walaupun tak banyak tapi merata aku pass untuk lariskan jualan. Aku mintak tolong member-member yang keja kilang tolong jual hheheh(aku bagi komisen kaw-kawww lah). Kain pasang aku harga RM 50 je tapi buat 2 kali bayar. Lepas tu dipendekkan cerita, kain aku ada baki 2 pasang! aku target baki 5 pasang (kira OK lah kan) ;p

Next... aku nekad untuk buat lagi bisnes ni. So google lagi... tapi macam tak puas hati. Last-last aku dapat supplier yang ada kedai, masuk kedai dah tengok-tengok kain pastu tanya tokey nak beli borong boleh?! Tokey cakap jual! apalagi terus melompat dan terus pilih kain-kain yang aku nak, aku pilih jenis VISCOSE sebab time tu trend kain tuh tgh IN. aku borong 50 pasang! NEKAD!!! So step yang sama aku guna untuk lariskan jualan aku dan TEKNIK tu BERJAYA! kain yang aku jual LICIN! apa yang aku boleh cakap syukur ALHAMDULILLAH dan seronok! walaupun untung ciput nikmat dia BEstttttt!

...and next, aku buat lagi benda yang sama dari trend VISCOSE, ITALIAN DIGITAL SILK, ENGLISH COTTON, INDIA COTTON, VIETNAM COTTON semua aku dah jual dan alhamdulillah pilihan aku untuk setiap batch akan berbaki 2-3 pasang sahaja. semua dengan NEKAD dan TEKNIK MARKETING (mintak tolong kengkawan lerrr & bagi komisen!)

Jualan kain yang aku buat ada yang cash ada yang hutang.. paling lama 2x bayar. OK lah merasa jugak customer aku beli stock-stock kain aku tu. hihihihhh. Marketing target aku untuk kain-kain ni.. kebanyakan akak-akak yang keja ofis..cikgu sekolah..& member-member aku yang keja kilang. Setel semuanya. Bukan direct dengan supplier je, konsep DROPSHIP pun aku buat, yang best aku pulak yang makan komisen je.. sepasang kain busuk-busuk komisen aku dapat RM 9.00 korang kali ngan 50 pasang yang aku dah jual every month dengan 3 4 owver dropship yang berlainan. hahahhh masyuk kan! tu cara yang aku buat. Nak senang bukan senang, tapi aku rasa senang sangat kalau gaya cenggitu nege barang! belum campur stock kain sendiri lagi ;)

Kelebihan cara berniaga DROPSHIP mudah korang tak payah guna sesen modal pun, tenaga pun tak payah.. yelah! aku cuma cari customer je pastu aku bagi order pada owner dropship so dia lah yang menguruskan order-order kain tu sampai lah proses mengepos. Senang kan. So aku nak share kat korang yang teringin nak bisnes apa-apa boleh la cari supplier yang sediakan perkhidmatan DROPSHIP. Keja korang akan jadi lebih mudah dan jimat masa dan tenaga. Untuk bisnes sendiri kalu nak mula buat bisnes kain ni, buat betul-betul.. google-google dulu trend kain yang terkini dan corak yang boleh cairkan hati target customer korang. Cuba lah yang terbaik, tapi kalau tak habis jangan nangis pulakkk ye! aku ingatkan je.. tak de benda pun yang mudah dalam dunia ni. PAHAM?? biasanya keuntungan yang kita dapat setimpal dengan usaha, so hari-hari kena belajar untuk dapat step yang lebih bagus, termasuk aku yang tengah menaip ni hihihiiii. OK lah setakat ni je dulu. Sekian.. jumpa lagi.



p/s : bukan cerita orang tapi cerita aku :)

Thursday, 21 May 2015

SAGON..WAFER COKLAT..KEROPOK SAYUR..

Ingat lagi time kecik-kecik dulu sesi pagi kelas akademik petang pulak kelas KAFA (rasanya keja tu aku buat masa aku darjah 3) setiap hari aku memang dibekalkan dengan duit (tapi berbelanja tak penah berbaki!) sebab asal balik mesti ada benda yang aku bawak balik ke rumah..keropok, ais krim malaysia, jeruk, sate ikan (tukang jual majoriti mat indon) boleh pilih kuah manissss ke.. kuah pedassss! ok selesai untuk sesi t/hari.

Sesi petang disebabkan aku ni pun kuat makan, makanya aku dibekalkan duit berserta pakej sagon..keropok sayur.. yang di paketkan cecomel untuk dijual pada kengkawan aku (aku makan lagi banyak dari jual hehehh lagi untung!) Tapak bisnes aku paling best OK! sebab aku letak dekat port ustazah-ustazah aku yang turut sama menjual bihun / sirap untuk bebudak KAFA... nampak tak TAPAK FREE!!!heheheh
 
Dalam seminggu tu..aku bawak lah bungkusan yang cecomel tu 20 - 30 bungkus.. HABIS LICIN untuk hari tu! tq ustazah tolong saya jual ;p Bihun ustazah pun larissss!

 


     sumber : Dr. Google
 

Tak cukup cerita kelas petang, kelas pagi masa tu darjah 5 aku suka bawak wafer coklat isi dalam bekas lepas tu jual pada kawan-kawan dalam kelas. Masyukkk. Tak de sapa suruh tapi aku yang nak! hahahh menjana pendapatan sendiri OK! bukan tak cukup duit tapi seronok bila kawan-kawan beli. aku jual wafer coklat tu dengan harga 10 sen/2 stick haaa murah kan!!! setiap hari setel, aku bawak bekas penuh.. bawak balik bekas kosong! ALHAMDULILLAH ;)


sumber : Dr. Google
 
 
Jadinya korang yang rasa nak tambah duit poket boleh buat bisnes ni. Modal tak banyak pun.. cuba dulu baru tau! sekian dulu untuk hari ni ye.. nanti aku share lagi cerita-cerita yang ada. Jumpa lagi!
 
 
 
p/s : bukan cerita orang, tapi cerita aku :)
 

Tuesday, 19 May 2015

Hari pertama untuk cerita yang pertama.... ASSALAMUALAIKUM SEMUA....!!! :)

Hari ni bermula lah cerita-cerita aku di blog INI HOBI ITU BISNES ni.. So korang yang tersinggah dan rasa nak lepak-lepak kat blog aku adalah sangat dialu-alukan :) sekarang memang belum ada tapi aku akan update bila ada benda-benda yang aku nak share ngan korang nanti ye.. :) sampai sini je.. jumpa lagi!


p/s : bukan cerita orang, tapi cerita aku :)