Thursday, 11 June 2015

TIN..

Korang pikir apa bila aku letak TIN sebagai tajuk hari ni??? Haaa al-kisah...aku memang suka keja-keja D.I.Y . Satu hari tu, lepas je aku tengok gambar-gambar D.I.Y tak da angin ribut aku pun terus terrrrjebak. Aku buat D.I.Y tin susu!!!! :) Ok korang jangan pandang sebelah mata sebab tin D.I.Y aku ni dah laku 50 tin dan aku sangat bangga dengan pencapaian jualan tin D.I.Y aku tuh! hahahhhh.

Ni lah step-step yang aku buat.. sapa nak try boleh..aku just share dalam ni untuk diary aku jugak. hihihii mana lah tau tuah aku...rezeki aku..kot jadi jutawan 1 day nanti kan..ada jugak cerita sebelum dan selepas. Amin. (^_^) Layankan ja angan-angan aku ni yee..

Step-step yang aku buat :

1. Cari susu tin dalam peti sejuk/chiller korang dulu. Check paras susu penuh ke... separuh ke.. ke dah nak habis ke...kan!

2. Dah check.. tak kira paras susu tu banyak mana, aku gagahkan diri untuk jadi rajin dengan jadi tukang bancuh air untuk family.. matlamat aku adalah untuk mendapatkan tin kosong secepat mungkin untuk setelkan projek D.I.Y impian aku tuh.

3. Lepas dapat tin, korang kena cuci bersih-bersih kalau tak cik puan semut itam semut merah akan datang membantutkan korang punye projek hiiiiii :p

4. Dah tu jemur lah sampai betul-betul kering......................

5. Proses pengeringan dah setel. Ambik tukul comel dan rapikan tajam-tajam disekeliling tin tuh ye. Korang kalau tak buat macam tu kalau korang tak luka takut customer yang luka!!! pastu barulah korang mula mengecat.

6. Aku cadangkan korang guna jenis 'spray'. Pilih warna yang korang nakkkkkk.

7. Pakai mask dan boleh mula spray ye... dah setel spray kan? Jemur balik! cuaca mesti kawww-kawww panas baru elok.

8. Dah boleh tengok hasil D.I.Y korang tadi. DONE! Cantik...

9. Snap gambar untuk korang yang berniat nak nege. Snap lerrr lelawa!

10. Sesapa yang nak test market boleh bukak pesbukkkk.. bukak IG... bukak blog... & jual.

11. Walaupun hanya dengan guna tin kosong tu yakin InsyaAllah ada rezeki. Aku dah berjaya jual 50 tin untuk tempoh 1 bulan. Mula jiran aku beli pas hebah kat kengkawan dia, pakat order.

12. Buat pakej min. tin yang korang nak jual. Jual 1 tin aje. Penat wehhhhhhhh. Harga patut-patut sesuai dengan tenaga, masa, modal korang... kira semua & letak harga! Jangan melebih japgi RIBAAAAAA! haahhaaa aku ingatkan jeeeee weh!

13. Selamat mencuba yee korang... Rezeki Allah bagi atas usaha masing-masing :)

14. Setel jual... dapat lah jugak side income! yahuuuuuuu. Sekian.



p/s : bukan cerita orang tapi cerita aku :)

No comments:

Post a Comment